2018年12月12日星期三

Hari Jadi Nenek

Awal-awal pagi, saya bersama senior saya menaiki keretanya untuk balik dari UKM ke kampung saya iaitu Muar, Johor. Hari ini ialah hari jadi nenek saya, saya balik untuk menyambut hari jadinya. Sudah lama tak jumpa nenek tidak tahu nenek masih ingat saya ke tidak hahah. Pada malam hari tersebut,kami sekeluarga menaiki kereta bapa saya ke restoran Xin Yang untuk menyambut Hari Jadi nenek. Semasa saya sampai saudara-saudari saya semua sudah samapai. Saya pun berjalan ke sisi nenek saya lalu mengucap Selamat Hari Jadi kepada nenek saya. Selepas itu, kami makan makanan yang telah disediakan oleh restoran ini secara besar-besaran. Keluarga saya juga mengambil gambar dengan nenek saya. Saya berasa sangat gembira kerana saya merupakan seorang yang suka bersama ramai orang untuk menyambut atau membuat sesuatu. Hal ini demikian kerana saya tidak akan berasa seorang-seorang sahaja. Saya berhadap nenek saya sihat dan gembira, setiap tahun saya akan menyambut Hari Jadi kami bersamamu, nenek.



没有评论:

发表评论

Kolej Aminuddin Baki

Hari ini saya akan menceritakan tentang kemudahan yang terdapat di Kolej kediaman saya iaitu Kolej Aminuddin Baki. Antaranya termasuk cafe K...